Posts

JOM BACA ESEI REMAJA KATEGORI MENENGAH RENDAH.

Image
  KITA MALAYSIA Kita dan Malaysia. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, dan juga pelbagai suku etnik seperti masyarakat Iban dan Kadazan, dan banyak lagi. Yang membuatnya begitu istimewa ialah kita semua dapat hidup secara harmoni di negara ini kerana semangat Satu Malaysia. Kita Malaysia.   Kita Malaysia kerana kita punyai jiwa Malaysia. Yang punyai identiti tersendiri. Identiti yang mungkin tidak disedari, tidak ditulis di kad pengenalan, tidak dipamer dalam profil mahupun surat rasmi. Rakyat Malaysia, yang berlainan bangsa, dapat dilihat di jalanan dengan pelbagai pakaian dan menambah warna di tempat kejadian. Warna-warna inilah identiti Kita Malaysia.   Gadis India memanggil pelayan kedai, “Abang!”. Ah Kim memanggil Muthu, “Pakcik!!”. Encik Gopal menegur Ahmad, “Nak…esok ada sambutan Deepavali di rumah Pakcik, jangan lupa datang ya. Ajak adik-adik semua”. Jiran tetangga

MELARIK MIMPI

Image
  MELARIK MIMPI Kedengaran bunyi air hujan menyebabkan aku teringat kisah duka ku yang dulu. Perasaan aku telah dikianati oleh seorang gadis yang aku anggap amat istimewa. Mengapa kau sanggup buat aku begini?  Kau kata kau paling benci orang yang permainkan hati tapi mengapa kau sendiri yang  mempermainkan hati? Sekarang baru aku tahu, sepahit-pahit hempedu pahit lagi harapan palsu.  Aku ditinggalkan tanpa aku tahu apa salah aku. Aku ingat lagi, kau kata kita sedang bercinta. Tapi bila dengan orang lain, kau kata kita cuma kawan. Aku ingat kau kata begitu sebab inginkan privasi. Tapi aku silap. Rupanya memang itu yang terpahat dalam hati. Aku sedar, kau hanya ingin ditemani bukan dimiliki. Sehingga hari ini, “whatsapp” aku sunyi. Chat kita yang dulu kian bersarang. Kita bukan musuh, kita bukan sepasang kekasih tapi kita hanyalah kawan yang penuh dengan kenangan. K awan yang penuh dengan kenangan. Aku ingat lagi masa hujan turun dengan lebat, kau pegang  payung sambil ..................

Kategori : Fiksyen (Nanoteknologi) Tajuk : NanoMedic. Penulis : Mat Remaja

Image
                                                                         NanoMedic.  Wafiy menyusuri denai seorang diri setelah ditinggalkan Muaz. Denai lama itu jarang dilalui kerana semak samun yang jarang dibersihkan. Dia rasa seram sejuk bila angin petang itu terasa sejuk menusuk kulitnya. Langit kelihatan suram. Dia mula mempercepatkan langkah. Desiran dedaun agak menyeramkan baginya.   Tiga jam sebelumnya. Muaz sedar dia tidak mampu menahan sakit perut. Dia segera lari pulang ke bilik lantas ke tandas. Kejang rasa kaki setelah tiga kali “melawat” tandas sejak setengah jam yang lalu. “Aduh…teruk sakit aku ni”, getus hatinya. Dia menghabiskan sisa air teh dari cawan di atas mejanya disusuli dengan ubat dari klinik Dr. Surat. Ibunya pernah berpesan, jika cirit-birit segeralah minum teh panas. Dia termenung seketika, rindu ibu. Dia meletakkan kepala ke bantal lalu tertidur tanpa dia sedari. Tiba-tiba tidurnya terganggu apabila terdengar bunyi daun pintu ditutup dengan kuat. “

Kategori : Cerpen Tajuk : Bermain Dengan Api . Penulis : Anonym

Image
                                                                                  Bermain Dengan Api Ketika Aku melihat dengan mata yang tidak berdaya ketika api menjilat rumah di hadapan. Aku tidak dapat menahan diri untuk bertanya-tanya apakah perkara ini benar-benar terjadi.   Terus terang, Aku tidak tahu apa maksudnya dari segi implikasi terhadap kehidupan Aku sendiri. Mungkin pada masa berikutnya Aku melamar pekerjaan, akan ada cap  "TIDAK AKU" yang mengancam timbul di latar belakang Aku. "Bakar rumah kencannya setelah mereka keluar ... dua kali." Seolah-olah itu adalah kesalahan yang lebih munasabah sekiranya berlaku kemudian dalam hubungan. Sekurang-kurangnya dia boleh mendapat ihsan untuk menipu Aku atau sesuatu sebelum Aku membakar rumahnya.   Mungkin ia selamat, Aku berdoa. Teduh tingkap yang bergoyang-goyang di engselnya, nyaris tidak utuh di tengah-tengah api, dijaga ke tanah dengan duri yang menyedihkan. Aku merengus.   Bunyi berdengung bers

Kategori : Esei Alam Sekitar (Kategori kanak-kanak) Tajuk : Ayah, Wira Alam Sekitar. Penulis : Naddy (kanak-kanak)

Image
  Ayah Wira Alam Sekitar   Rose berjalan kaki pulang ke rumah. Peluh membasahi bajunya. Hatinya merajuk bercampur sedih kerana terpaksa pulang ke rumah berjalan kaki. “Mana ayah?” bisik hatinya geram. Jika ditunggu lagi mesti dia akan lambat pulang. Dia mengambil keputusan berjalan pulang. Syukur hanya selang tiga buah rumah sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di rumah, Rose segera berlari ke belakang rumah. Kelihatan ayah sedang terbongkok-bongkok di tanah, sedang melakukan sesuatu.   “Ayah... kenapa ayah lupa nak ambil Rose ?” tanya Rose sambil mendekati ayahnya. Ayahnya segera menoleh. “Aduhhhh... maafkan ayah. Ayah lupa hari ini Rose pulang awal. Ayah pun sibuk sangat dengan benih kacang sampai lupa sudah jam berapa...” jawab ayah sambil menepuk dahi.   “Dah...Rose pergi berehat dulu. Makan kemudian mandi. Jika ada kerja sekolah, siapkan dulu. Petang nanti boleh bantu ayah. Banyak botol-botol plastik yang ayah dah jadikan bekas menanam sayur ni,” tambah ayah lagi.

Kategori : Fiksyen Tajuk : Ejen Rahsia Tapai Pulut. Oleh : Haseef (Pemenang)

Image
                                                                                                                                                Ejen Rahsia Tapai Pulut.   Cahaya matahari memancar terang, Zaki segera meletakkan drone miliknya di halaman rumah. Drone berbentuk kupu-kupu direka dengan puluhan mikro panel yang menyerap tenaga solar dicipta setahun lalu dengan bantuan bapa tirinya, Pak Suleyman.   Empat tahun lalu,   ibunya berkahwin dengan Pak Leyman namun ibunya telah meninggal dunia kerana sesak nafas akibat asap dari kebakaran hutan di Kampung Leng dua tahun lalu. Kebakaran itu adalah sejarah hitam dalam hidup Zaki dan penduduk kampung kerana mereka kehilangan orang tersayang dan tanaman getah. Ibunya yang berada di kawasan berhampiran semasa kebakaran telah diselamatkan oleh bapa tirinya, namun sudah terlambat.   Kesan jerebu itu mengambil masa beberapa bulan untuk hilang. Tanah menjadi kering. Ramai kehilangan mata pencarian. Dalang yang mendalangi kejadian itu juga t

Salam Karang

 Blog ini saya khaskan untuk mengumpulkan esei. Semoga bermanfaat buat semua. Jika ada sebarang cadangan, sila tuliskan diruang komen. Terima kasih