Posts

Showing posts from September, 2021

JOM BACA ESEI REMAJA KATEGORI MENENGAH RENDAH.

Image
  KITA MALAYSIA Kita dan Malaysia. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, dan juga pelbagai suku etnik seperti masyarakat Iban dan Kadazan, dan banyak lagi. Yang membuatnya begitu istimewa ialah kita semua dapat hidup secara harmoni di negara ini kerana semangat Satu Malaysia. Kita Malaysia.   Kita Malaysia kerana kita punyai jiwa Malaysia. Yang punyai identiti tersendiri. Identiti yang mungkin tidak disedari, tidak ditulis di kad pengenalan, tidak dipamer dalam profil mahupun surat rasmi. Rakyat Malaysia, yang berlainan bangsa, dapat dilihat di jalanan dengan pelbagai pakaian dan menambah warna di tempat kejadian. Warna-warna inilah identiti Kita Malaysia.   Gadis India memanggil pelayan kedai, “Abang!”. Ah Kim memanggil Muthu, “Pakcik!!”. Encik Gopal menegur Ahmad, “Nak…esok ada sambutan Deepavali di rumah Pakcik, jangan lupa datang ya. Ajak adik-adik semua”. ...

MELARIK MIMPI

Image
  MELARIK MIMPI Kedengaran bunyi air hujan menyebabkan aku teringat kisah duka ku yang dulu. Perasaan aku telah dikianati oleh seorang gadis yang aku anggap amat istimewa. Mengapa kau sanggup buat aku begini?  Kau kata kau paling benci orang yang permainkan hati tapi mengapa kau sendiri yang  mempermainkan hati? Sekarang baru aku tahu, sepahit-pahit hempedu pahit lagi harapan palsu.  Aku ditinggalkan tanpa aku tahu apa salah aku. Aku ingat lagi, kau kata kita sedang bercinta. Tapi bila dengan orang lain, kau kata kita cuma kawan. Aku ingat kau kata begitu sebab inginkan privasi. Tapi aku silap. Rupanya memang itu yang terpahat dalam hati. Aku sedar, kau hanya ingin ditemani bukan dimiliki. Sehingga hari ini, “whatsapp” aku sunyi. Chat kita yang dulu kian bersarang. Kita bukan musuh, kita bukan sepasang kekasih tapi kita hanyalah kawan yang penuh dengan kenangan. K awan yang penuh dengan kenangan. Aku ingat lagi masa hujan turun dengan lebat, kau pegang  payung s...