MELARIK MIMPI

 


MELARIK MIMPI


Kedengaran bunyi air hujan menyebabkan aku teringat kisah duka ku yang

dulu. Perasaan aku telah dikianati oleh seorang gadis yang aku anggap amat

istimewa. Mengapa kau sanggup buat aku begini? 


Kau kata kau paling benci orang yang permainkan hati tapi mengapa kau sendiri yang

 mempermainkan hati? Sekarang baru aku tahu, sepahit-pahit hempedu pahit lagi harapan palsu. 

Aku ditinggalkan tanpa aku tahu apa salah aku. Aku ingat lagi, kau kata kita

sedang bercinta. Tapi bila dengan orang lain, kau kata kita cuma kawan. Aku

ingat kau kata begitu sebab inginkan privasi. Tapi aku silap. Rupanya memang

itu yang terpahat dalam hati. Aku sedar, kau hanya ingin ditemani bukan

dimiliki. Sehingga hari ini, “whatsapp” aku sunyi. Chat kita yang dulu kian

bersarang. Kita bukan musuh, kita bukan sepasang kekasih tapi kita hanyalah

kawan yang penuh dengan kenangan.






K awan yang penuh dengan kenangan. Aku ingat lagi masa hujan turun dengan lebat, kau pegang 

payung sambil ....................menunggu bas. Pada masa itu aku telah dihempap oleh hujan dan kaulah

yang sudi tumpangkan aku di bawah payung kau. Saat itulah perasaan cinta

itu hadir mewarnai hidup aku dan itulah saat-saat manis yang pasti tidak akan

berulang kembali. Aku pernah cuba untuk lupakan kenangan ini tapi setiap kali aku ingin

lupakan kenangan kita engkau sering muncul di hadapan ku. Sejujurnya aku

masih sayang kau tetapi aku berhenti menunjukkannya. 



Lucunya... seorang bomoh mampu membunuh tanpa menyentuh tetapi aku mampu mencintai tanpa

dicintai. Aku sentiasa ada bila kau perlu tetapi kau tiada bila aku perlu. Saat

kau sakit, akulah orang yang selalu menanya khabar bahkan akulah orang

yang bawa kau ke rumah sakit. Tapi bila aku sakit kau kata jangan mengadu

sakit dengan kau. Luluhnya hati aku bila kau berkata sebegitu. Aku pendam

rasa sedih ini sendirian dan aku yakin bahawa ada juga orang lain yang

senasib dengan aku. 










Sekiranya candu itu halal disisi undang-undang, pasti ramai yang ketawa saat 

terluka. Sekiranya ada yang datang mencintai aku, aku memilih untuk tidur kerana semuanya itu 

MIMPI

Comments

Popular posts from this blog

JOM BACA ESEI REMAJA KATEGORI MENENGAH RENDAH.

Kategori : Fiksyen (Nanoteknologi) Tajuk : NanoMedic. Penulis : Mat Remaja

Kategori : Fiksyen Tajuk : Ejen Rahsia Tapai Pulut. Oleh : Haseef (Pemenang)