JOM BACA ESEI REMAJA KATEGORI MENENGAH RENDAH.

 







KITA MALAYSIA


Kita dan Malaysia.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, dan juga pelbagai suku etnik seperti masyarakat Iban dan Kadazan, dan banyak lagi. Yang membuatnya begitu istimewa ialah kita semua dapat hidup secara harmoni di negara ini kerana semangat Satu Malaysia. Kita Malaysia.

 

Kita Malaysia kerana kita punyai jiwa Malaysia. Yang punyai identiti tersendiri. Identiti yang mungkin tidak disedari, tidak ditulis di kad pengenalan, tidak dipamer dalam profil mahupun surat rasmi. Rakyat Malaysia, yang berlainan bangsa, dapat dilihat di jalanan dengan pelbagai pakaian dan menambah warna di tempat kejadian. Warna-warna inilah identiti Kita Malaysia.

 

Gadis India memanggil pelayan kedai, “Abang!”.

Ah Kim memanggil Muthu, “Pakcik!!”.

Encik Gopal menegur Ahmad, “Nak…esok ada sambutan Deepavali di rumah Pakcik, jangan lupa datang ya. Ajak adik-adik semua”.

Jiran tetangga menjadi saudara. Tiada pertalian darah tetapi menjadi pakcik. Hanya anak jiran tetapi digelar adik. Itulah, Kita Malaysia.

Begitu juga bila Kedai Lim ada menjual roti canai, Gerai Kak Limah ada menjual Char Kuey Teow dan Kedai Ramu menjual Nasi Lemak dan sambal belacan adalah kehidupan Malaysia.

 

Kita Malaysia bersatu. Lihat sahaja di laman Facebook LUKIS, Makan Apa Tak Jadi Harini atau Tukang Apa Hari Ini. Tiada nama yang membezakan siapa. Yang ada ialah Kita Malaysia. Kita kongsi pokok lidah buaya sama-sama, kita jual pokok sama-sama dan kita ketawa sama-sama di laman Facebook Indoor Plant Malaysia. Begitu juga dengan resepi Roti Puri Sugu Pavithra. Mak Fatimah, Mak Vithyana dan Mama Lee ramai-ramai kongsi gambar selepas cuba resepi Sugu Pavithra. Katanya jika tidak ketik “subscribe” ketinggalan jadi orang Malaysia. Kelihatan indah, mengikat pertalian dan senyuman terukir setiap bait kata Pavithra yang lancar menuturkan Bahasa Kebangsaan tanpa janggal.

 

Iklim yang cerah, hangat dan basah sepanjang tahun menjadikan Malaysia sebagai syurga tropika. Pengunjung menyukai bukit-bukau yang berhutan hijau, pantai keemasan dengan pokok kelapa yang indah di pinggirnya, laut biru dan tentu saja masakan tempatan. Pelancong asing mendapati tempat-tempat ini sesuai untuk percutian, ketika mereka menjauh dari negara sejuk mereka. Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi indah. Ketik satu gambar di atas bukit di Sabah, indahnya dikongsi satu Malaysia. Maka Kita Malaysia sama-sama ke sana, nikmati bersama, santuni berpada dan mengangkat pencinta serta bersyukur pada Pencipta.

 

Resort bukit yang sejuk di Malaysia seperti Genting Highlands, Fraser's Hill dan Cameron Highlands juga menjadikan hari ini menyegarkan dan menyenangkan dan juga jauh dari dataran rendah yang panas. Saya telah berkunjung ke banyak tempat, mendapatkan pengalaman dari budaya yang berbeza dan bertemu dengan wajah baru, tetapi saya menyedari bahawa tidak ada tempat di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan Malaysia dan orang-orangnya yang ramah, budaya kita yang berwarna-warni, warisan yang kaya dan terutama dari pelbagai jenis makanan yang hebat.

 

Kita Malaysia mempunyai kebebasan untuk mengejar impian dan berkembang. Kita tinggal di negara yang menyokong pertumbuhan dan kita dapat melakukan banyak kemajuan diri, komuniti, dan sekolah atau institusi dengan sokongan kerajaan dan orang di sekitar kita. Kita bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia ini.

 

Kita Malaysia juga terkenal dengan budaya yang unik kerana negara ini berbilang kaum. Terdapat permainan tradisional, tarian, muzik, festival dan tradisi yang berbeza untuk setiap kaum yang berbeza. Contohnya, orang Melayu mempunyai permainan ‘congkak’ dan ‘gasing’ yang terkenal, dan tarian silatnya, Mak Yong dan Kuda Kepang. Orang India mengadakan perayaan Deepavali dan orang Cina mengadakan Tarian Singa mereka. Walaupun, terdapat banyak kaum yang tinggal bersama, kita telah bekerjasama antara satu sama lain dalam semua aspek. Setiap persembahan dan aktiviti memperbaiki hubungan antara kita. Pelajar India, Cina dan Kadazan tidak kekok menari Zapin, menitip syair dan berbalas pantun.

 

Selain itu Kita Malaysia kerana terkenal di seluruh dunia kerana getah, minyak sawit dan eksport serta bijih timah. Kuala Lumpur, yang merupakan ibu kota, adalah yang terbesar di Malaysia, dengan banyak bangunan moden. Kita bangga dengan negara kita yang sangat sayangi. Berbangga menjadi rakyat Malaysia, itulah kita. Jangan tanya apa yang telah dilakukan negara untuk kita, tetapi titiplah apa yang kita ada untuk Malaysia kita. Kita bernasib baik kerana dilahirkan di Malaysia, sebuah negara yang aman dan berbilang kaum untuk tinggal. 


Malaysia Kita, Kita Malaysia.






Comments

Popular posts from this blog

Kategori : Fiksyen (Nanoteknologi) Tajuk : NanoMedic. Penulis : Mat Remaja

Kategori : Fiksyen Tajuk : Ejen Rahsia Tapai Pulut. Oleh : Haseef (Pemenang)