Kategori : Esei Alam Sekitar (Kategori kanak-kanak) Tajuk : Ayah, Wira Alam Sekitar. Penulis : Naddy (kanak-kanak)

 


Ayah Wira Alam Sekitar

 

Rose berjalan kaki pulang ke rumah. Peluh membasahi bajunya. Hatinya merajuk bercampur sedih kerana terpaksa pulang ke rumah berjalan kaki.

“Mana ayah?” bisik hatinya geram.

Jika ditunggu lagi mesti dia akan lambat pulang. Dia mengambil keputusan berjalan pulang. Syukur hanya selang tiga buah rumah sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di rumah, Rose segera berlari ke belakang rumah. Kelihatan ayah sedang terbongkok-bongkok di tanah, sedang melakukan sesuatu.

 

“Ayah... kenapa ayah lupa nak ambil Rose ?” tanya Rose sambil mendekati ayahnya.

Ayahnya segera menoleh.

“Aduhhhh... maafkan ayah. Ayah lupa hari ini Rose pulang awal. Ayah pun sibuk sangat dengan benih kacang sampai lupa sudah jam berapa...” jawab ayah sambil menepuk dahi.

 “Dah...Rose pergi berehat dulu. Makan kemudian mandi. Jika ada kerja sekolah, siapkan dulu. Petang nanti boleh bantu ayah. Banyak botol-botol plastik yang ayah dah jadikan bekas menanam sayur ni,” tambah ayah lagi.

Rose mengangguk dan segera masuk semula ke dalam rumah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Selesai sahaja solat Asar, Rose segera mendapatkan ayahnya.

“ Ayah.... sebenarnya ayah nak buat apa?” tanya Rose.

Ayah tersenyum.

 

“Rose..sebenarnya ayah nak menjaga alam sekitar kita. Ayah dah kumpulkan kesemua botol plastik, botol kaca, sabut kelapa, buat baja kompos dan pelbagai lagi di kawasan berhampiran rumah kita ni. Jiran-jiran pun setuju buat perkara yang sama. Ayah nak buat kebun sayur kita sendiri,” kata ayah sambil menatap mata Rose.

 

“Untuk pengetahuan Rose, botol plastik dan kaca boleh dikitar semula atau guna semula untuk elakkan pencemaran di tanah dan laut. Dengan berkebun, ayah bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar, lebih lestari, gunakan baja kompos dari sisa makanan kita, elak pencemaran, rumah kita bersih malah dapat sayur dan persekitaran yang segar,” tambah ayah lagi.

 

Rose tersenyum dan memeluk ayahnya. Dia berbangga dengan usaha ayahnya untuk melestarikan dan menjaga alam persekitaran bersama bermula di tempat tinggal mereka berdua.


299 patah perkataan.

 


Comments

Popular posts from this blog

JOM BACA ESEI REMAJA KATEGORI MENENGAH RENDAH.

Kategori : Fiksyen (Nanoteknologi) Tajuk : NanoMedic. Penulis : Mat Remaja

Kategori : Fiksyen Tajuk : Ejen Rahsia Tapai Pulut. Oleh : Haseef (Pemenang)