Posts

Showing posts from August, 2021

Kategori : Fiksyen (Nanoteknologi) Tajuk : NanoMedic. Penulis : Mat Remaja

Image
                                                                         NanoMedic.  Wafiy menyusuri denai seorang diri setelah ditinggalkan Muaz. Denai lama itu jarang dilalui kerana semak samun yang jarang dibersihkan. Dia rasa seram sejuk bila angin petang itu terasa sejuk menusuk kulitnya. Langit kelihatan suram. Dia mula mempercepatkan langkah. Desiran dedaun agak menyeramkan baginya.   Tiga jam sebelumnya. Muaz sedar dia tidak mampu menahan sakit perut. Dia segera lari pulang ke bilik lantas ke tandas. Kejang rasa kaki setelah tiga kali “melawat” tandas sejak setengah jam yang lalu. “Aduh…teruk sakit aku ni”, getus hatinya. Dia menghabiskan sisa air teh dari cawan di atas mejanya disusuli dengan ubat dari klinik Dr. Surat. Ibunya pernah berpesan, jika ...

Kategori : Cerpen Tajuk : Bermain Dengan Api . Penulis : Anonym

Image
                                                                                  Bermain Dengan Api Ketika Aku melihat dengan mata yang tidak berdaya ketika api menjilat rumah di hadapan. Aku tidak dapat menahan diri untuk bertanya-tanya apakah perkara ini benar-benar terjadi.   Terus terang, Aku tidak tahu apa maksudnya dari segi implikasi terhadap kehidupan Aku sendiri. Mungkin pada masa berikutnya Aku melamar pekerjaan, akan ada cap  "TIDAK AKU" yang mengancam timbul di latar belakang Aku. "Bakar rumah kencannya setelah mereka keluar ... dua kali." Seolah-olah itu adalah kesalahan yang lebih munasabah sekiranya berlaku kemudian dalam hubungan. Sekurang-kurangnya dia boleh mendapat ihsan untuk menipu Aku atau sesuatu sebelum Aku ...

Kategori : Esei Alam Sekitar (Kategori kanak-kanak) Tajuk : Ayah, Wira Alam Sekitar. Penulis : Naddy (kanak-kanak)

Image
  Ayah Wira Alam Sekitar   Rose berjalan kaki pulang ke rumah. Peluh membasahi bajunya. Hatinya merajuk bercampur sedih kerana terpaksa pulang ke rumah berjalan kaki. “Mana ayah?” bisik hatinya geram. Jika ditunggu lagi mesti dia akan lambat pulang. Dia mengambil keputusan berjalan pulang. Syukur hanya selang tiga buah rumah sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di rumah, Rose segera berlari ke belakang rumah. Kelihatan ayah sedang terbongkok-bongkok di tanah, sedang melakukan sesuatu.   “Ayah... kenapa ayah lupa nak ambil Rose ?” tanya Rose sambil mendekati ayahnya. Ayahnya segera menoleh. “Aduhhhh... maafkan ayah. Ayah lupa hari ini Rose pulang awal. Ayah pun sibuk sangat dengan benih kacang sampai lupa sudah jam berapa...” jawab ayah sambil menepuk dahi.   “Dah...Rose pergi berehat dulu. Makan kemudian mandi. Jika ada kerja sekolah, siapkan dulu. Petang nanti boleh bantu ayah. Banyak botol-botol plastik yang ayah dah jadikan bekas menanam sayur ni,”...

Kategori : Fiksyen Tajuk : Ejen Rahsia Tapai Pulut. Oleh : Haseef (Pemenang)

Image
                                                                                                                                                Ejen Rahsia Tapai Pulut.   Cahaya matahari memancar terang, Zaki segera meletakkan drone miliknya di halaman rumah. Drone berbentuk kupu-kupu direka dengan puluhan mikro panel yang menyerap tenaga solar dicipta setahun lalu dengan bantuan bapa tirinya, Pak Suleyman.   Empat tahun lalu,   ibunya berkahwin dengan Pak Leyman namun ibunya telah meninggal dunia kerana sesak nafas akibat asap dari kebakaran hutan di Kampung Leng dua t...

Salam Karang

 Blog ini saya khaskan untuk mengumpulkan esei. Semoga bermanfaat buat semua. Jika ada sebarang cadangan, sila tuliskan diruang komen. Terima kasih